PERSEPSI SALAH MENGANGGAP SYIAH MENYIKSA DIRI PADA SAMBUTAN PERISTIWA KARBALA 10 MUHARRAM
[1] Persoalan berkaitan matham (memukul badan) hingga berdarah oleh sebahagian Syiah pada setiap 10 Muharram selalu menjadi tuduhan liar musuh-musuh Islam. Disebabkan kurang informasi kerana Dasar Memboikot Republic Islam Iran oleh negara-negara Arab yang mengikut telunjuk Amerika Syarikat, umat Islam akhirnya membentengi diri mereka sendiri untuk mengetahui pandangan yang berbeda daripada masyarakat dan ulamak-ulamak Iran. Mereka begitu mudah dikotak-katikkan menjadi umat yang saling tuduh menuduh dan bermusuhan.
[2] Isu matham menjadi agenda dan dakyah musuh-musuh Islam dan kaum Wahabi yang bersekongkol dengan Amerika serta agen-agen Zionis. Mereka menyiarkan gambar-gambar yang dirakam 10 tahun dahulu kaum ghulat Syiah Pakistan, India, Iraq yg melampau. Disamping media elektronik antarabangsa, media-media tempatan juga terpengaruh untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut secara berulang-ulang dengan artikel-artikel baru, bertujuan mengambarkan 450 juta masyarakat Syiah seluruh dunia adalah seperti gambar tersebut. Objektif Amerika ialah supaya umat Islam menganggap Iran ialah pusat kesesatan ajaran Syiah dan pusat pelampau agama.
Sambutan 10 Muharram di Tehran
[3] Sebenarnya matham bukanlah memukul badan atau menyiksa diri, tetapi ialah menepuk dada sebagai manifestasi daripada kesedihan Tragedi Karbala yang diingati sebagai pengisian acara sambutan 10 Muharram tersebut, iaitu tarikh berlakunya tragedi hitam berkenaan. Peristiwa itu ialah mengenai penyembelihan keatas Imam Hussein ahlul bait nabi oleh pasukan Ibnu Ziyad di zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyyah, dimana kesemua wanita dan anak kecil ahli keluarga nabi saw ditawan dan digiring manakala kepala Imam Hussein as yang wajahnya mirip wajah nabi itu disembelih, dijulang di atas tombak dan diarak hingga Damsyik. Kepala cucu rasulullah yang mulia kemudian, diletakkan dihadapan kaki Yazid sebagai tanda kemenangan dan kekuasaan Bani Umawiyyah ke atas Ahlul Bait.
Majlis memperingati peristiwa 10 Muharram diisi dengan syarahan dan doa
[7] Seperti mana masyarakat kita juga berarak semasa Sambutan Maulidur Rasul dan seperti mana juga Parti Islam Pas membuat pengisian Sambutan Syuhada Tragedi Memali dengan pengisian-pengisian seperti syair dan pentomen. Sesungguhnya masyarakat ahlul bait (Syiah) adalah lebih serius lagi berkenaan para syuhada dan kesyahidan terutama berkaitan dengan nabi dan ahlul baitnya. Mereka menyambut dan mengingatinya setiap tahun.
[8] Ketika era revolusi, Polis Savak (Polis Rahsia Shah) selalu mencari kumpulan-kumpulan revolusioner yang menganjurkan amalan ini. Mereka akan ditangkap, dipenjarakan atau dibunuh. Pemerintah Shah Iran sangat mengetahui keberkesanan tarbiah matham Karbala ini.
[9] Terdapat pelbagai sejarah matham. Antaranya berasal daripada kedukaan Imam Ali Zainal Abidin As Sajjad (Imam ke 4 ahlul bait) cicit nabi saw ketika kembali ke tempat tragedi Karbala itu pada hari ke 40 yang dikenali sebagai hari Arbain. Imam menarik nafas panjang sambil menepuk dada kerana tersangat sedih terharu apabila melihat tempat tragedi peperangan itu. Di gurun gersang inilah tempat Imam Hussain (keturunan nabi saw yang mulia) disembelih dan kepala Imam Hussain as di arak atas tombak sejauh 3000 km ke Damsyik dan dipersembahkan dihadapan kaki Yazid bin Muawiyah. Digurun gersang inilah wanita ahli-ahli keluarga nabi saw dihinakan dan diinjak-injak. (Peristiwa ini pernah diungkap oleh nabi saw semasa hayat baginda)
[10] Kaum Wahabi dan musuh-musuh Islam begitu mudah menuduh Syiah sesat dan kafir kerana melahirkan kesedihan yang bersangatan dalam matham. Jika pun musuh-musuh Iran boleh membuktikan rakyat Iran melakukan hal yang sedemikian, itu mungkin segelintir daripada 70 juta penduduk. Sebagai contoh, mungkin ada sebahagian kecil insan dimana-mana sahaja yang kematian ibunya, atau orang tersayang lalu ia sebak dan menangis secara berlarutan yang mungkin saja membahayakan diri. Jika kondisi yang demikian itu, lalu kita menganggapnya sebagai kafir, Umar al-Khatab adalah lebih awal patut dikafirkan kerana melahirkan kesedihan yang melampau sehingga mengancam akan membunuh sesiapa yang mengatakan Rasulullah saw sudah wafat. Tidakkah perbuatan Umar Al Khatab itu lebih melampau.."
[11] Persepsi orang-orang yang mendakwa Syiah sesat juga selalu tidak konsisten dan 'double standard'. Mereka selalu tidak menghormati pendapat mazhab-mazhab yang berbeda. Disebalik mereka mengatakan Syiah sesat kerana dakwaan mathamnya, dalam masa yang sama mereka menerima pula dan menilai acara Kavadi yang mencucuk lidah dan badan dengan jarum-jarum, besi-besi oleh penganut Hindu sebagai kebebasan agama dan mengizinkannya tanpa mengecam perbuatan itu sebagai menyiksa diri. Sedangkan matham dan sebarang perbuatan yang menyiksa diri adalah dihukumkan haram oleh ulama-ulama Syiah atau Ahlul Bait.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan