MAKTABAH SHOHIBUZAMAN

maktabahsz.blogspot.com EMAIL KAMI: maktabah09@yahoo.com

Rabu, 29 Jun 2011

JANJI SEBUAH REVOLUSI

Apakah yang tersirat disebalik hijab? Apakah yang tertulis di dalam kitab-kitab tua samawi, yang tersimpan dalam perbendaharaan Yahudi. Masih adakah ulama-ulama salaf Islam atau ulama ahlul bait yang mengetahui hadith-hadith mengenai penceritaan dunia akhir zaman? Tiba-tiba bangkit revolusi dan demontrasi gila-gila menjadi huru hara diseluruh tanah warisan para anbiya, Sudan, Mesir, Yaman, Bahrin, Oman, Tunisia, Libya. Presiden-presiden tiba-tiba sakit jantung, menteri-menteri terkencing kerana ribuan rakyat bangkit memprotes pemerintah masing-masing serentak. Ramai terbunuh bergelempangan. Salah siapa?. Benarkah pendeta-pendeta Yahudi tahu rahsia peristiwa mutakhir ini? Yang kita tahu ialah Amerika Syarikat (AS) tidak akan pernah bermimpi negara-negara itu berubah struktur menjadi republik-republik Islam. Itu mimpi ngeri. Jika pun rakyat muslim dinegara-negara tersebut, tak kisah apa pun mazhab mereka ingin buat revolusi untuk menegakkan negara undang-undang hudud, hal itu AS masih boleh izinkan, asalkan kiblat politik mereka mengadap ke Washington sebagai mana Arab Saudi, Pakistan dan Acheh. AS tidak mahu lahir sebuah negara Islam yang tidak berkiblat ke barat mahu pun ke timur kerana lambat laun negara seperti itu akan melakukan revolusi untuk manusia kemudian akan membebaskan dunia ini daripada cengkaman mereka. Yahudi mempercayai ‘teori negara bangsawan dunia’ yang melakukan revolusi akan membawa sesebuah negara itu menjadi kuasa besar. Russia dan Perancis adalah negara bangsawan yang pernah melakukan revolusi dan hari ini ke dua-dua negara itu menjadi kuasa besar dunia. Bangsawan-bangsawan Eropah pernah melakukan Revolusi Industri dan hari ini Eropah adalah kuasa besar ekonomi, menjadi negara-negara maju. Jerman pernah bangkit dibawah Adolf Hitler walau pun penulis sejarah tidak menamakannya revolusi, begitu juga Republik Rakyat China. Kedua-keduanya adalah negara bangsawan yang kini menjadi kuasa besar dunia. Jepun negara matahari terbit melakukan revolusi senyap ekonomi, lalu Jepun menjadi raja ekonomi dunia.

Revolusi Perancis 1799

Tetapi siapakah yang pertama mendahului sebuah Revolusi Agong? Siapakah muslimin yang tidak percaya sabda nabi mengenai revolusi. Sabda nabi adalah petunjuk dari langit. Ada satu sabda nabi saw yang dulu-dulu di tahun 60an biasa dibaca di masjid-masjid, maksudnya, “Akan bangkit kaum Salman Al Farisi...”. Salman ialah sahabat nabi, orang bangsawan berasal dari Farsi yakni Iran. Benar, kini janji nabi dalam sabda itu telah benar-benar terjadi. Telah bangkit kaum Salman dalam demontrasi agong revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang dipimpin oleh Imam Khomeini berketurunan bangsawan nabi saw serta mullah-mullah Iran yang alim-alim dan menguasai hauzau-hauzah ilmiah. Revolusi itu telah membeli kemenangan dengan membayar tunai 60,000 para syuhada yang gugur terbunuh ditembak oleh regim Pahlavi dokongan Mustakbirin AS. Arwah-arwah mereka yang berjasa besar dan agong telah disemadikan di Makam Syuhada. Revolusi ini telah membebaskan Iran daripada cengkaman AS sekaligus telah menghalau keluar imperialis Amerika dari bumi Iran. Menjatuhkan Dinasti Pahlavi (Shah Iran) yang bersekongkol dengannya. Imam Khomeini seorang ilmuan agama, ahli hukum yang sangat warak (marja’) dengan kehidupan rohani yang luar biasa (irfan) telah mengambil aleh negara untuk membina semula bangsa Iran dan mengasas sebuah daulah Islam yang pertama di dunia atas falsafah dan prinsip wilayatul faqeh dengan nama Republik Islam Iran pada 11 Februari 1979.

Dulu Al-Marhum As-Syahid Syed Qubt ra (Mesir) ada menulis dalam kitabnya, Petunjuk Sepanjang Jalan, menukilkan kembali maksudnya, “Allah tak perlu panjangkan usia nabi saw hingga akhir zaman untuk menjadi bukti dan saksi. Cukuplah Quran hadith sebagai saksi kebenaran. Orang yang tak mahu beriman tetap juga tidak beriman walau pun ia melihat nabi”. Kita lihat sajalah janji nabi dalam sabdanya berkaitan kebangkitan kaum Salman (Revolusi Iran 1979) itu, mengenai Islam diakhir zaman akan dipimpin oleh ‘orang Ajam’ (bukan Arab). Seluruh pemimpin-pemimpin Arab menafikannya dan menolak revolusi Iran itu sebagai tiada kaitan dengan hadith nabi. Sebaliknya mereka memainkan sentimen kebangsaan Arab dan sentimen mazhab. Kata mereka mazhab kami sunnah, Iran itu syiah. Walau pun mereka sendiri menyaksikan peristiwa revolusi yang luar biasa itu berlaku di depan mata. Kata mereka hadith Salman itu akan berlaku di masa lain. Bukan peristiwa revolusi ini. Namun dalam hati kecil mereka mengakui mungkin juga benar kerana ia terjadi di akhir zaman dan sekarang ini pun telah banyak tanda-tanda dunia ini sudah berada dipenghujungnya. Didalam sejarah juga tertulis Iran ialah sebuah tamadun tua yang telah wujud lebih 5000 tahun sebelum tamadun China, dan menepati ‘teori negara bangsawan’ bahawa ia ada kriteria untuk memimpin revolusi agama. Masalahnya kenapa janji nabi itu berlaku pada masyarakat syiah.


Al-Marhum As-Syahid Syed Qubt

Diriwayatkan oleh Al-Qurtubi: Surah Muhammad:38_ Nabi saw ketika menjelaskan maksudnya surah tersebut,
“Sekiranya kamu berpaling (tidak memperjuangkan Islam), Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak akan menjadi seperti kamu. Para sahabat bertanya, siapakah mereka? Nabi bersabda sambil menepuk Salman Al Farisi, ini dan kaumnya, ini dan kaumnya (2x) [orang ajam@] @penulis. Demi Allah yang nyawa ku di tanganNya, seandainya iman itu terletak di bintang Suraya nescaya dapat dicapai oleh orang-orang Farsi”.


Revolusi Islam Iran telah mengulingkan regim Shah Iran 1979

Sebenarnya para pendeta (Rahib-rahib) Yahudi tahu Farsi adalah Orang Ajam yang dijanjikan dalam kitab samawi mereka akan memimpin agama tuhan diakhir zaman. Tetapi mereka menyembunyikannya, sebagai mana kerajaan British menyembunyikan penemuan Loh Nabi Sulaiman pada 1916 yang tercatat nama lima diri keluarga nabi saw. Ia dijumpai oleh askar-askar British di Kampung Untreh ketika perang dunia pertama berupa sekeping perak berhias batu-batu permata berharga dan bertulis keemasan bahasa Ibrani purba. Setelah dibuat penyelidikan oleh Jawatan kuasa Pakar-pakar Kaji Purba dari British, AS, Perancis, Jerman dan lain-lain negara Eropah, Jawatan kuasa telah mengesahkan pada 3 Januari 1920, ia adalah Loh Nabi Sulaiman yang tercatat nama Muhammad, Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein dan tertera doa tawasul Nabi Sulaiman as, “Ya Ahmad, tolonglah. Ya Ali, bantulah aku. Ya Batul, pandanglah aku dengan kasihan. Ya Hassan, kurniakanlah. Ya Hussein, bahagiakanlah”. Loh yang sangat ajaib itu ditempatkan dalam Muzium Di Raja British. Disebabkan ketakjuban dengan Loh itu dua orang cendiakiawan bernama William dan Thomas telah memeluk Islam dengan nama Karam Hussein dan Fadhal Hussein. Lalu Lord Bishop Inggeris mengeluarkan perintah, “Jika Loh ini dipamerkan dikhalayak ramai di muzium, asas agama Masihi akan tergugat dan orang-orang Kristian sendiri akan mengusung jenazah agama Kristian dan mengkebumikannya. Maka itu lebih baik menempatkannya di bilik rahsia gereja Inggeris dan selain Paderi dan Penjaga rahsia, tidak ada orang boleh melihatnya”. (Wonderfull Stories of Islam, London ms 249, Majalah Al-Islam, Delhi 1927, Muslim Cronicle, London 30 Disember 1926).


Pendete-pendeta Yahudi sangat mengerti lima nama ahlul bait yang diterjemahkan itu adalah berkait rapat dengan Syiah Imamiyah yang menjadi mazhab agama rasmi Republik Islam Iran. Lima diri itu adalah rukun mazhab ahlul bait atau mazhab syiah. Demikian itu ia adalah dokumen yang menjadi petunjuk kepada orang-orang ingin mengambil petunjuk, kerana didalam sejarah Al-Quran, itulah lima manusia, Muhammad saw, Ali, Fatimah, Hassan, Hussein yang nabi bawa ketika cabaran bermubahalah (berdoa bersungguh-sungguh agar laknat Allah ditimpa kepada pendusta) dengan Bani Nasrani Najran (Al-Quran surah Al-Imran: 61). Disitulah rahsia dan pengertian, tetapi ramai orang-orang Islam sendiri tidak memahaminya. Rasulullah ditanyai kenapa tidak membawa sahabat-sahabat besar yang lain (spt Abu Bakar, Omar dan lain-lain) ketika mubahalah, baginda menjawap, “Jika saja ada jiwa-jiwa lain diseluruh bumi yang lebih baik dari Ali, Fatimah, Hassan, Hussein, tentu Allah sudah memerintahkan aku untuk membawa serta mereka bersama-sama pada Mubahalah...” (Tafsir Baidhawi 3:61)

Yahudi menguasai kebanyakan syarikat-syarikat besar dunia termasuk bank-bank, syarikat-syarikat perkapalan, syarikat penerbangan, syarikat-syarikat pembinaan, pasaraya-pasaraya, mempunyai rangkaian perniagaan dan perdagangan diseluruh dunia. Mereka juga menguasai rangkaian-rangkaian IT dan sistem television antara bangsa, mempunyai rangkaian pelobi-pelobi Yahudi yang boleh menentukan kepimpinan serta dasar AS. Zionis Yahudi menjadikan Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai kuda tunggangannya bagi menjaga kepentingan regim Israel. Maka dunia telah melihat Israel adalah anak emas AS, bila mana AS akan selalu memvetokan semua resolusi-resolusi PBB yang merugikan Israel. Ketika AS dan Yahudi menggerakkan perang saraf melalui rangkaian television mereka melabel Iran sebagai buruk dan sarang syaitan agar dunia menjauhi Iran, ahli-ahli rahib tahu mereka akan gagal akhirnya kerana revolusi Farsi telah dijanjikan untuk mendirikan sebuah tapak kekuasaan tuhan yang akan memerangi mereka. Rahib-rahib tidak mempercayai revolusi-revolusi yang lain selain revolusi Farsi itu kerana zionis sendiri terlibat secara langsung ketika era revolusi Iran sedang berada diambang kemenangan. Usaha-usaha dan jaringan-jaringan kerja yang lakukan zionis di Tehran tidak berupaya membendung arus revolusi agong 1979 itu. Kata mereka revolusi ini sangat berbeda dengan revolusi Perancis 1799 mahu pun revolusi Bolsevik dan bukan juga sekadar demontrasi kerana rakyat lapar. Ia berupa revolusi agama yang memiliki kekuatan dalaman bagai pasak bumi. Kata Al-Marhum Imam Khomeini ra, “The hands of the Americans and the other Super Powers are plungedup of the hilt in the blood of our youth. We will combat them to the last drop of our blood, because we are warriors“.


Al-Marhum Ayatullah Ruhullah Imam Khomeini

Kepercayaan pendeta-pendeta Yahudi itu nampaknya seperti benar. Kenyataannya lihatlah revolusi atau kebangkitan Islam yang lain yang pernah menang berkuasa, tidak punyai akar umbi untuk bertahan lama. Tolehlah kepada Ikhwanul Muslimin Mesir yang pernah menang pilihanraya, tetapi akhirnya kecundang oleh percaturan politik pemerintah. Pimpinan Ikhwan ditangkap, disumbat ke dalam penjara kemudian parti berdaftar itu diharamkan. Begitu juga Persaudaraan Islam Syria telah dapat dilumpuhkan hanya dengan nasihat zionis. FIS Aljeria yang pernah menang pilihanraya, akhirnya jatuh kembali dalam masa yang begitu singkat kerana tidak punyai persiapan menghadapi sepak terajang politik. Mujahiddin Afghanistan yang bertahun-tahun angkat senjata berjihad fisabilillah memerangi tentera penceroboh Soviet Union. Perang ‘miraccle” menghadapi kuasa besar itu telah menyebabkan Soviet kerugian 10 juta USD sehari. Soviet menarik kembali tenteranya dari Afghanistan, kemudian Mujahiddin berjaya menubuhkan sebuah kerajaan campuran dibawah pimpinan Dr. Burhanudin Rabbani yang diiktiraf PBB. Namun kerajaan campuran Mujahiddin itu tidak bertahan lama, ia tumbang kembali ditangan gerakan Taliban rakyat Afghanistan sendiri yang berpengkalan di Arab Saudi. Dengan kebijakan Yahudi, Kabul kini menjadi boneka AS sebagai mana dulunya menjadi boneka Soviet. Tentera Nato masuk pula bagi memperkuatkan pendudukan kafir di bumi itu. Begitu jugalah percaturan isu Palestine, hanya menjadi barang permainan AS sahaja. AS akan menganggap pertubuhan Islam yang tidak berkiblat ke arah Washington adalah teroris sebagai mana Hamas dan Hezbollah Lubnan. Manakala gerakan Islam India begitu lemah kerana ditindas oleh kaum majoriti dan pertelingkahan sunnah syiah, gerakan Islam Pakistan juga bertelingkah soal sunnah syiah, Parti Kebajikan Turki, MILF Filipina dianggap sebagai pengganas. Semua gerakan dan revolusi Islam akan diperhatikan oleh zionis Yahudi. Lihatlah juga Masumi Indonesia pimpinan Pak Nasir yang dulunya menggunakan lambang Ka’bah, ramai pengikutnya hilang tidak diketahui sehingga hari ini. Pertubuhan itu telah diharamkan dan akhirnya berpecah belah. Begitu juga Pas di Malaysia yang bercita-cita hendak menubuhkan negara Islam, tidak akan pernah terlepas dari remote kontrol yang dipegang oleh Zionis Yahudi. Demikianlah berkuasanya imperialis AS untuk menentukan mana-mana kerajaan di dunia ini sehingga ada ulama yang mendifinasi dajjal itu ialah mereka. Dimengertikan dajjal itu buta sebelah matanya, ditangannya membawa madu dan sebelah lagi racun. Dajjal ini menjanjikan kesenangan dunia kepada mana-mana negara dibawah telunjuknya seperti pinjaman kewangan, janji pembangunan dan sokongan, manakala mana-mana negara yang enggan mengikut kehendaknya akan diberikan racun dan disiksa sebagai mana Iraq. Dajjal melakukan demikian kerana ia nampak dunia ini sahaja dan dia buta akhirat.


Berbeda dengan revolusi rakyat Iran. Kesulitan dan pancaroba yang dijerat oleh zionis Yahudi untuk menghancurkannya lebih menyulitkan. AS memperalatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan sokongan sekutunya Kesatuan Eropah meluluskan resolusi-resolusi supaya negara-negara dunia memboikot dan mengenakan sekatan ekonomi keatas Iran. Republik Islam Iran dituduh sebagai pusat dan paksi kegagasan oleh rangkaian television mereka. Manakala akhbar-akhbar milik muslimin sendiri termasuk mimbar-mimbar Jumaat di negara-negara orang-orang Islam turut memainkan isu mazhab syiah Iran adalah ajaran sesat, yang mana serangan saraf seperti itu dahulu tidak pernah berlaku selama boneka Shah Iran yang juga bemazhab syiah memerintah. Tidak sekadar itu, AS serta kuncu-kuncu Arabnya, melalui tangan Presiden Iraq, Saddam Hussein telah menyerang Iran dalam perang yang dipaksakan selama lapan tahun (1980 – 1988). AS telah membekali Iraq dengan peralatan-peralatan perang termasuk jet-jet pejuang, senjata-senjata konvensional yang diharamkan telah digunakan oleh tentera Saddam. Saddam telah melakukan jenayah perang dan kekejaman-kekejaman diluar batas-batas kemanusiaan. Ribuan rakyat menjadi korban. Perang yang diharapkan oleh AS itu akan segera mungkin melumpuhkan Iran dibawah kepimpinan ulama yang baru berusia setahun jagung. Seluruh negara-negara Arab ketika itu bersatu berkempen atas sentimen nasionalisme Arab membantu Iraq dari segi kewangan. Tetapi sejarah telah mencatatkan sebaliknya. Iran tidak dapat dikalahkan dan tidak pula Iran menanggung hutang kerana perang itu. Inilah perang yang membingungkan barat. Peperangan selama lapan tahun yang memiliki karomah (miracle) dan keagongan. Iraq pula minta segera diadakan gencatan senjata untuk memberhentikan peperangan. Sedang Iran dilihat pihak yang menang dan mampu untuk menakluki seluruh Iraq. Namun Imam Khomeini ra akur walau pun keputusan menerima gencatan senjata sukar baginya. Perang itu akhirnya telah membawa badi dan sumpah buruk kemusnahan Iraq serta penghujungnya bekas Presiden Sosialis Iraq itu, Saddam Hussein yang suatu ketika dulu dijulang sebagai wira Arab, hero Arab dihukum mati di tali gantung pada Hari Raya Eidul Adha (hari Wukuf di Arafah 30 Disember 2006) oleh kawan dan pendokongnya sendiri, Amerika. Demikianlah apa yang telah tertulis seribu tahun dahulu di dalam kitab, sebagai mana riwayat yang dirujuk oleh seorang sarjana Islam, Jaber Bolushi ketika mengungkapkan kematian Saddam yang begitu tragis, adalah antara tanda-tanda telah hampir zuhurnya Imam Al-Mahdi, Abu Abdillah ra berkata, “Ketika manusia sedang malakukan Wukuf di Arafah, datanglah seorang mengkhabarkan kematian seorang pemimpin...”. (Biharul Anwar 52/240). Selepas itu Iraq tidak aman dan selalu dibasahi darah.

Tetapi kini, setelah 32 tahun berlalu revolusi dan penubuhan Republik Islam Iran, satu tempoh yang boleh menjadi indek kajian berkenaan hadith Salman. Negara Iran yang ditadbir oleh para mullah-mullah dan syed-syed berketurunan nabi yang berserban hitam, masih wujud serta semakin kuat dan membangun. Hikmah kerana ia diboikot, Iran berdikari membangunkan dirinya sendiri dan kini ia mampu menghasilkan makanan mencukupi untuk rakyatnya. Iran juga berdikari membangunkan industri permobilannya walau pun sekatan oleh PBB. Walau pun beberapa sekatan dunia masih menghimpitnya sehingga hari ini, ia terus melangkah memajukan negara dengan pengetahuan sains dan teknologi, dan hari ini Iran mempunyai ramai saintis. Iran kini muncul menjadi sebuah negara yang kuat. Kenyataan ini sekali lagi membingungkan barat. Angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara Iran kini sungguh mengerunkan Israel dan begitu dibimbangi oleh negara-negara Arab. Tentera laut Iran mampu untuk mengawal seluruh laluan Selat Hormuz yang menjadi nadi minyak ke Eropah. Iran juga mempunyai peluru-peluru berpandu bumi ke bumi yang boleh menjangkau Israel termasuk reaktor nuklear haramnya. Iran juga memiliki teknologi ketenteraan yang tidak dapat dikesan oleh radar dan Iran juga memiliki teknologi air berat yang hanya dimiliki oleh lima negara di dunia. Negara Salman Al Farisi ini juga mempunyai Angkatan Tentera Elit yang menjiwai Imam Hussein dalam peristiwa Karbala, terlatih berani dan bersedia untuk syahid, dimana tidak ada mana-mana negara mempunyai barisan tentera seperti itu. Seperti yang telah dunia ketahui Iran telah mengistiharkan ketika Sambutan Hari Revolusinya yang 31 pada 11 Febuari 2010 ia sebuah negara nuklear. Ini bererti Iran telah menduduki ‘ranking super power’ dan sebaris dengan kuasa-kuasa besar yang lain. Kehadirannya sebagai musuh nombor satu Israel telah dilihat oleh dunia akan mengubah lanskap politik Timur Tengah khususnya.

Timur dan barat mulai membuka mata. Suatu ketika duhulunya dunia fobia dengan perkataan revolusi syiah. Hari ini puluhan universiti di dunia mulai membuka Jabatan-jabatan Pengkajian Falsafah Syiah di Universiti masing-masing termasuk England, Jerman, Amerika, Negara-negara Eropah, India, Negara-negara Amerika Latin, Iraq, Syria, India, Indonesia dan lain-lain. Peradaban dan falsafah Iran abad ke 16 yang mashur Mulla Sadra atau Sadradin Muhammad Firozi berkenaan ilmu hakikat dan makrifat (tranfendent theosophy) mulai dipelajari sebagai mata pelajaran. Sarjana dan ulama-ulama Iran telah dijemput untuk membantu jabatan-jabatan berkenaan.

Tidak sedikit orang yang berfikir dan tertanya-tanya kenapakah gerakan Yahudi dan AS begitu bersungguh-sungguh berusaha menjauhkan Iran yang bermazhab Syiah daripada saudara-saudaranya yang bermazhab Ahlussunah tetapi dalam masa yang sama Amerika memperkukuhkan kerajaan Arab Saudi penjaga dua tanah haram (Mekah dan Madinah) yang bermazhab wahabiah dengan sistem pertahanan ketenteraan yang canggih. Arab Saudi mempunyai sistem semboyan udara yang sofitikated dikendalikan tentera AS. Bagi orang-orang Islam, anutan mazhab yang berbeda bukan isu perpecahan, sebagai mana perpaduan yang memang sudah wujud terjalin dikalangan pengikut mazhab empat, Hanbali, Maliki, Hanafi dan Shafie. Tetapi bagi Zionis Yahudi, ia memberi perhatian yang lebih utama kepada sebarang revolusi syiah, kerana mereka mempercayai syiah berdiri dengan kekuatan falsafah dan kepimpinan. Didalam syiah ada beberapa kepercayaan yang menjadi rukun atau usul agama seperti kefahaman mengenai maqam lima ahlul bait nabi iaitu Muhammad saw, Ali, Fatimah, Hassan, Al-Hussein yang diselimut oleh nabi dalam ayat (rujuk tafsir) Al-Quran surah Al-Ahzab 33, yang dikenali dengan ahlul kisa, sedangkan lima diri itu hanya dianggap sahabat-sahabat biasa sahaja oleh saudara Islamnya Ahlussunnah. Namun yang nyata nama lima manusia itu ditulis besar-besar oleh penganut-penganut mazhab itu dibukit-bukit tinggi, digunung-gunung dan juga pada kereta-kereta persendirian sebagai mana di Iraq, Iran, Lubnan dan lain-lain untuk ambil berkat. Rakyat Iran tahu kenapa mereka berbuat demikian. Bagi rahib-rahib Yahudi, mereka sudah lama tahu, kerana itulah segala dokumen sejarah yang boleh menjadi petunjuk akan disembunyikan. Lihatlah bagai mana mereka berusaha menutupi berita mengenai penemuan Bahtera Nabi Noh pada tahun 1951 oleh misi pencari Russia. Ketika bahtera itu ditemui, misi pencari telah menjumpai papan berukuran 14 inci panjang x 10 inci lebar tertera tulisan kuno Samani atau Sami. Sekumpulan pakar bahasa kuno daripada 7 universiti Russia telah membuat kajian selama 8 bulan, akhirnya telah berjaya menterjemahkan makna tulisan itu, ia adalah doa tawasul nabi Noh as dengan nama lima diri, “O My God My Helper, keep My hand and with Mercy and with your Holybodies Muhammad, Alia (Ali), Shabbar (Hassan), Shabbir (Hussein), Fatimah. They are biggest and honourables. The world established for them. Help me by their name. You can refirm to right”. (Buletin Star of Britania, London 1953, Buletin TA Moskow Nov. 1953, Al-Huda Kaherah 31 March 1954).

Iran orang Ajam, kini mulai dilihat pengalang ganti kepimpinan dunia Islam mengantikan orang Arab, sesuai dengan sabda nabi kerana pemimpin-pemimpin Arab telah hilang kriteria kepimpinan. Pemimpin-pemimpin Arab selalu mementingkan diri sendiri dan bersifat munafik terutama cara mereka menangani isu sebangsa mereka sendiri, Palestin. Itulah diantara sebab kelemahan dan kurang berfungsinya Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Mereka benar-benar talam dua muka kerana mengambil keuntungan dan habuan daripada Perjanjian Champ David 1978 dengan Israel yang ditaja AS. Hari ini samada Arab mahu mengaku atau tidak, Arab sudah tidak diyakini lagi. Dan untuk abad ke 21 ini AS sendiri telah mengakui bangsawan Iran telah bangkit ke persada dunia kerana mereka mempunyai keimanan yang kuat pada agama. Orang-orang yang berhasad dengki dan mempunyai penyakit di dalam hatinya akan terus menyebarkan persengketaan remeh temeh sunnah syiah terhadap negara Salman Al-Farisi bagi melemahkan perpaduan Islam. Sabda nabi, maksudnya, nanti pertama-tama golongan yang akan diperangi oleh Imam Mahdi di akhir zaman ialah golongan Islam munafik. Kemudian akan berbondong-bondong orang akan mengikuti Imam Al-Mahdi.*

Sesungguhnya revolusi Iran ialah perjuangan yang lahir daripada kesedaran rakyat untuk menegakkan keadilan. Revolusi ini bangkit dengan gagasan tidak barat dan tidak timur (no west no east), bermaruah dan tidak akan pernah melutut kepada PBB mahu pun kepada kuasa-kuasa besar. Rakyat Iran dan agamanya adalah seperti isi dengan kuku walau pun agamanya difitnah dan dikatakan menjadikan Saidina Ali bin Abi Tholib sebagai tuhan. Pada mereka, itu suara-suara liar daripada lidah-lidah syaitan yang menjadi musuh Islam. Iran ialah negara bangsawan dunia yang pernah menjadi kuasa besar suatu masa dulu, memiliki budaya sukar dikuasai tetapi sebaliknya mereka pula mampu mengatasi musuh-musuh dengan rangkaian kerjanya. Sabda nabi, “Demi Allah yang nyawa ku di tanganNya, seandainya iman itu terletak di bintang Suraya nescaya dapat dicapai oleh orang-orang Farsi (Iran)”.

Pengalaman Iran boleh menjadi pelajaran kepada mana-mana kebangkitan Islam dimana-mana bahagian dunia, bahawa sesungguhnya belum mencukupi pra-syarat sebuah perjuangan hanya jika memenangi 90 peratus undi rakyat untuk membina sebuah ‘daulah Islam yang selamat’, kerana mempertahankan kemenangan adalah lebih sulit dan penuh ranjau duri, walau pun teori politik mengatakan pengkalan kemenangan ialah masyarakat. Dalam pungutan suara 1979 rakyat Iran juga telah memberi undi dan sokongan 98.2% untuk menubuhkan Republik Islam sehingga Imam Khomeini ra dan revolusinya telah tercatat dalam World Book Of Record. Demikianlah revolusi Iran. Ia bukan sekadar sebuah demontrasi. Bukan juga sebuah mimpi. Tapi Revolusi Al-Farisi ini mimpi buruk buat AS dan Zionis Yahudi. Pendeta-pendeta yang ikhlas dengan agama samawi mengatakan, “Akan datang suatu masa IsraelSaiz fon memang akan hilang dari peta dunia”.

Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad saw dan para nabi-nabi dan rasul-rasul as, salam dan selawat buat empat belas maksumin, salam dan selawat buat wali yang dirindukan kezuhurannya, Imam Al-Mahdi as, salam dan selawat buat para sahabat yang bertaqwa serta seluruh mukmin dan mukminat. Salam dan selawat buat semua para syuhada di Palestin, di Afghanistan, di Lubnan, di Bahrin, di Malaysia dan diseluruh dunia yang telah menjual diri mereka untuk membeli syurga bersama nabi saw. Salam dan selawat buat para syuhada yang telah berjasa bagi penubuhan negara Republik Islam Iran 1979.


Penerbitan Maktabah Shohibuzaman
Jun 2011

Pertanyaan emel: maktabah09@yahoo.com

Ahad, 2 Januari 2011

RENUNGLAH DENGAN MATA HATI

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Rasullulah sebelum diangkat menjadi nabi, ia adalah manusia yang sama sahaja dengan orang biasa yang lain, seperti mana Mohamad-Mohamad atau Mat-mat di kampung-kampung. Demikian maksud yang difahami daripada ucapan Nik Abdul Aziz yang dirujuk daripada youtube, Nik Aziz hina nabi.

Beliau berpendapat Nabi Muhammad sebelum berumur 40 tahun dan sebelum diangkat menjadi nabi, baginda tiada apa bezanya dengan orang lain seperti makan, minum, dilahirkan, berkahwin dan sebagainya. Kemuliaan baginda hanya setelah diangkat menjadi nabi. Menurutnya, walau pun sudah bertahun-tahun kita menyambut maulidur rasul tetapi masalah kita (masalah umat Islam) tidak juga selesai.

Demikianlah secara ringkas maksud ucapan YAB Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan. Saya (penulis) juga merujuk beberapa ucapan beliau di dalam kesempatan-kesempatan yang lain.

Berkaitan dengan ucapan Nik Aziz tersebut, saya telah dihubungi oleh beberapa kenalan. Mereka telah merujukkan ke alamat youtube (diatas) supaya saya (penulis) mendengar sendiri ucapan tersebut. Pada mulanya saya tidak memperdulikan isu berkenaan kerana memikirkan ia akan reda dengan sendirinya. Bagaimana pun pada suatu masa yang tidak lama selepas itu kebetulan saya sendiri mendengar ‘sudut-sudut politik kedai mamak’ yang menarik minat saya untuk memasang telinga darihal sembang-sembang beberapa orang yang tidak saya kenali. Seorang lelaki Cina yang kira-kira berumur pertengahan 50an berkata dalam bahasa pasar kepada dua orang berbangsa Melayu (mungkin pekerjanya). “Prophet Muhammad juga dulu serupa orang biasa. Sudah jadi menteri agama baru dia ada value. Dulu pun serupa kita juga”.

Saya begitu tersentak dengan kata-kata itu dan mahu saja tumpang sekaki untuk menyembang. Tetapi keadaan tidak mengizinkan saya.

Pada pengamatan penulis daripada ‘youtube’ berkenaan, memang 'pengucap' begitu menekankan bahawa Rasulullah tiada beza dengan orang lain sebelum baginda diangkat menjadi nabi.

Tersasar

Sebenarnya ucapan seperti itu satu cemuhan terhadap sejarah keperibadian nabi saw. Ia satu pandangan tersasar yang boleh melahirkan ‘world view’ (tasawwur) Islam yang negatif daripada objektif kerasulan. Persepsi itu langsung tidak memberi apa-apa kebaikan kepada orang yang mengucapkannya, malah ia boleh mencederakan tasawwur Islam pada anggapan masyarakat yang bukan Islam mahu pun masyarakat Islam sendiri.

Di dalam perjalanan sejarah Islam yang telah begitu lama lebih 1400 tahun yang lampau sehingga kini, memang terdapat suatu aliran orang-orang yang tersasar memberikan anggapan sedemikian. Mereka berpersepsi menyambut hari lahir nabi (maulidur rasul) tidak memiliki apa-apa nilai agama kerana kelahiran nabi adalah juga seperti kelahiran orang biasa. Aliran ini mengingatkan penulis satu hadith nabi yang mashur, (maksudnya), “Akan terpecah-pecah umat ku menjadi 73 golongan..”.

Aliran ini mensejajarkan umat Islam diseluruh dunia yang menyambut maulidur rasul sama dengan perbuatan bid’ah dan sia-sia. Persepsi semacam ini seolah-olah menggambarkan permusuhan mereka terhadap pembesar-pembesar agama dan kekasih-kekasih Tuhan, sedang Al-Quran telah memuji dan memuliakan nabi dengan firmannya, maksudnya, “..maka orang-orang yang beriman kepadanya (Nabi) dan memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (yakni Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Al-Araf 157)

Maksud daripada ayat-ayat suci Al Quran di atas mengenai “beriman kepadanya, memuliakannya dan mengikuti cahaya yang terang”, adalah sangat jelas tuntutan firman Allah swt itu tidak terbatas masa hayat nabi saw sahaja. Ayat Al-Quran berkenaan telah memberi definasi tuntutan beriman dan memuliakan nabi harus berlaku sejak dahulu, sekarang dan selamanya. Lantaran itu jika pengikut-pengikut agama Muhammad saw, memuliakan baginda dengan memperingatinya, menyebut-nyebut sejarahnya darihal kebaikannya, berpuisi dan membaca madah untuk mengagongkan baginda saw serta memperlakukan sesuatu untuk membesarkan pada hari ulang tahun kelahirannya, itu adalah substansi daripada tuntutan itu.

Adakah bijak menuding umat dengan menganggap melakukan bid’ah atau mendakwa umat melakukan kerja sis-sia jika umat Islam memperingati hari lahir baginda atau maulidur rasul. Umat memuliakan baginda bukan sekadar memperingati hari lahir baginda sebagai manusia agong, malah meninggikan nama baginda yang mulia, lebih besar daripada itu ialah mensyukuri sumbangan baginda saw yang tidak ternilaikan untuk umat manusia, jin dan seluruh alam ini sebagai manifestasi tauhid.

Jika mereka berpersepsi amalan sambutan maulidur rasul itu sia-sia atau suatu bentuk penyembahan (mensyirikan), mereka sebenarnya sudah jauh tersasar dan meleset. Firman Allah, maksudnya, “Dan telah kami tinggikan (sebutan) nama mu (bagi mu). (Surah Al-Insyirah 4).

Janganlah orang-orang Islam umat Muhammad menjadi seperti ‘satu kaum’ seperti yang tersebut dalam Al-Quran surah Al-Maidah 114, maksudnya, “Isa putra Mariam berdoa, “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya (‘ied) bagi kami, iaitu bagi orang-orang yang bersama kami, dan menjadi tanda bagi Engkau. Berilah kami rezeki, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki”.

Menjelaskan ayat tersebut, apakah nilai Nabi (Al-Masih) itu lebih kecil ketimbang sebuah hidangan dari langit, sehingga hidangan itu dianggap tanda yang besar daripada Allah lalu mereka (kaum Nabi Isa as) menjadikan hari turunnya hidangan itu sebagai Hari Raya (‘eid) yang hanya mengenyangkan perut, namun hari turunnya Al-Quran (dan nabi saw itu adalah Al-Quran) yang menyempurnakan segala nabi dikesampingkan atau dipandang perkara kecil. Bukankah Nabi itu sendiri adalah hujjatullah dan tanda terbesar di antara tanda-tanda Allah yang lain. Apatah lagi menganggap orang-orang yang yang menampakkan kegembiraan dan kesyukuran tauhid pada hari maulidur rasul itu amalan bid’ah. Alangkah celakanya kaum-kaum seperti itu telah disinggung dalam Al-Quran.

Dalam mempersoalkan kebijakan 'pengucap' membuat ulasan-ulasan politik, beliau kerap kali terbabas dan tersasul sehingga tasawwur Islam yang mempunyai kekuatan dan kerohanian, tiba-tiba dilihat lesu dan terkulai. Akibatnya Islam yang dipamerkan kepada bangsa-bangsa di dunia adalah seperti tanah gersang yang kering dan sunyi dari perasaan dan naluri.

Apakah lagi kehebatan dan cahaya kerohanian yang ada pada batang tubuh Rasulullah saw jika pengikut baginda sendiri mengatakan baginda sama sahaja seperti orang lain darihal makan, minum, dilahirkan, berkahwin dan sebagainya. Untuk apakah menghibahkan hal berkenaan yang telah memang termaklum kepada semua orang. Sifat zahir dan keperluan tersebut adalah juga terdapat pada kambing dan haiwan-haiwan yang lain. Tidak perasankah, menzahirkan ceramah dan pandangan sebegitu kepada umum adalah menunjukkan kita tidak beradab dan tidak bersopan kepada nabi yang menjadi kekasih Allah.

Janganlah mereka berfikir daripada rasul itu hanya diambil agamanya sahaja semacam ‘hanya mengambil manisnya dan membuang gulanya’. Tidakkah mereka dapat menghayati dengan jiwa yang tenang, bahawa sebelum kelahiran Nabi saw sebagai rasul akhir zaman itu, tanda-tanda dan petunjuk mengenai kemuliaan baginda saw telah tersebut di dalam kitab-kitab agama samawi sebelum Al-Quran, sebagai persiapan yang Allah swt rahmatkan, bagi memberi kefahaman kepada manusia dan alam seluruhnya. Renunglah dengan mata hati.

Rasul Manusia Pilihan
Saya dengan ikhlas rasa terpanggil untuk menyatakan pandangan dan rasa cemas kepada umum, memandangkan Datuk Nik Abd Aziz adalah juga seorang pemimpin politik yang begitu kerap menyampaikan ucapan-ucapan kepada umum. Apatah lagi apabila mendengar lidah beliau terbabas dan tersasul dengan menyebut–nyebut nama Nabi Muhammad yang mulia dengan Mohammad-Muhammad atau Mat-mat seperti di kampung-kampung, tanpa rasa ingin beristighfar. Seolah-olah beliau lupa seluruh umat Islam mengetahui bahawa tiada orang lain yang bernama Muhammad atau Ahmad pada masa itu selain Rasulullah saw. Marilah kita sama-sama melihat kembali sejarah dan latar belakang sosok tubuh manusia agong itu.

1.
Sebelum diangkat menjadi nabi dan menerima wahyu yang pertama (seiring dengan Ilmu dan Iradah Allah swt), Rasulullah adalah manusia yang terpelihara (ismah) dan terpilih di antara seluruh manusia di muka bumi. Baginda adalah kepimpinan ummah ‘samada dalam keadaan berdiri atau duduk’. Seluruh hidupnya adalah suri contoh teladan buat manusia dan jin.

2. Baginda lahir dikalangan bangsawan Arab Quraish yang mendapat penghormat dari seluruh jazirah Arab. Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah yang sangat dikenali didalam sejarah. Tahun itu adalah tahun pencerobohan tentera bergajah dari Yaman dibawah pimpinan Abrahah yang beragama Nasrani untuk menghancurkan Ka’bah (baitullah) atau ingin membawa Ka’bah ke Yaman dengan objektif memajukan Yaman sebagai pusat perniagaan. Sebelum melakukan penyerangan keatas Mekah, Abrahah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa Mekah ia itu Abdul Muthalib (datuk Rasulullah). Didalam pertemuan dengan Abrahah, Abdul Muthalib tidak menampakkan kegusarannya mengenai serangan tentera bergajah ini. Sebaliknya beliau hanya mahu ternakan-ternakan miliknya yang dirampas dikembalikan. Katanya, “Ka’bah itu rumah Allah. Biarlah Allah yang menjaganya”. Peristiwa tentera bergajah ini telah dipahatkan didalam Al-Quran (Surah Al-Fil ayat 1), maksudnya, “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhan mu telah bertindak terhadap tentera bergajah”. Pada tahun inilah nabi Muhammad telah dilahirkan.

3. Ada satu versi mengisahkan tatkala Muhammad saw dilahirkan, penduduk langit (para malaikat) dilihat oleh Iblis berkeadaan sibuk turun kebumi berbondong-bondong. Lalu Iblis mencuba mencuri informasi kenapakah para malaikat berkeadaan demikian. Sehingga membawa Iblis sampai ke Mekah dan mengetahui tentang kelahiran seorang bayi bernama Muhammad yang bergelar nabi akhir zaman. Iblis bersegera melayang dari timur ke barat bekerja keras untuk menyesatkan manusia.

4. Muhammad saw adalah karamah wajhah, tidak pernah menyembah berhala sejak kecil tidak sebagai mana Omar Al-Khathab ra, Abu Bakar ra dan sahabat-sahabat yang lain. Muhammad saw juga tidak pernah berbohong dan sentiasa beliau berkata benar sejak kecil sehingga baginda mendapat julukan Al-Amin. Lihatlah keadilan baginda kepada semua puak Arab sebelum diangkat menjadi rasul dalam peristiwa mengangkat Hajarul Aswad.

5. Seorang pendeta agama nabi Ibrahim as (Waraqah bin Naufal) adalah juga bapa saudara Khadijah ra mengatakan, pada Muhammad itu ada tanda-tanda kenabian. Baginda tidak sama dengan orang lain.

6. Takkala dalam suatu perjalanan ditengah padang pasir, kafilah Muhammad terteduh oleh awan daripada sinaran terik matahari, seorang pendeta Nasrani mengatakan ada orang mulia atau luar biasa dalam kabilah itu.

7. Dalam satu versi mengisahkan, selepas dilihat ada petanda atau cahaya kenabian pada Abdullah bin Abdul Muthalib (bapa nabi), Yahudi ingin menangkap Abdullah dan mahu ‘menidurkannya’ kepada wanita Yahudi, tetapi pada keesokan harinya petanda itu telah tiada kerana telah ‘tertumpah’ pada Aminah. Yahudi mahu agar nabi akhir zaman tergolong dikalangan mereka.

8. Ada versi mengisahkan, takkala Muhammad saw dilahirkan, terpadamlah Api Persia (Majusi) yang tidak pernah padam selama lebih 900 ratus tahun. Juga diriwayatkan oleh Ya’qub ibn Sufyan dengan sanad hasan, “Ketika Nabi saw dilahirkan, istana Kisra, kaisar dari Persia (Farsi) berguncang dan empat belas balkonnya runtuh”.

9. Versi yang lain mengisahkan berlaku kejadian alam (fenomena). Berhala-hala disekitar Ka’bah roboh takkala Muhammad saw dilahirkan.

10. Satu versi yang sangat menarik ialah mengenai rahsia yang terdapat didalam kitab kuno (klasik) Yahudi yang diketahui oleh para pendeta Yahudi. Satu masa akan dilihat dilangit Arab sebuah komet berwarna hijau (fenomena astronomi) bernama komet Ahmad. Pada hari itu ialah petanda telah lahirnya seorang bayi lelaki yang akan bergelar nabi akhir zaman. Bayi mulia itu mempunyai tanda dibahunya alis bulu roma yang halus.

Diceritakan menjelang malam kelahiran Nabi saw, si Yahudi telah melihat komet hijau berkenaan dilangit. Beliau lalu menjerit memberitahu kawan-kawannya bahawa itu bukan komet biasa. Beliau meminta agar memeriksa seluruh jiran tetangga Arab siapakah telah melahirkan bayi lelaki. Selepas keesokannya, kelahiran yang dimaksudkan itu telah ditemui. Si Yahudi itu meminta izin kepada Aminah (ibu Nabi saw) untuk melihat sendiri bayi berkenaan. Sejurus memeriksa bayi tersebut si Yahudi itu rebah pengsan beberapa ketika. Apabila bangun kembali beliau berkata, “Sungguh bayi lelaki ini akan menjadi Nabi akhir untuk umat ini. Kenabian telah berpindah dari bangsa Yahudi kepada keturunan Ismail. Beruntunglah kalian wahai bangsa Arab”.

Darihal komet berwarna hijau itu, seluruh pengkaji astronomi dunia dikejutkan oleh satu berita bahawa komet hijau itu dilihat sekali lagi dilangit dunia oleh seorang mahasiswa Taiwan, Ye Quanzhi di Pusat Observasi Bintang Lulin pada 24 Februari 2009 bertepatan ulang tahun wafatnya Rasulullah saw (menurut versi ahlul bait, 28 Safar 1430 Hijriyah). Mereka menamakannya komet Lulin. Ada sarjana Islam menafsirkan kemunculan komid Ahmad atau komet Lulin itu pada tarikh 28 Safar 1430 Hijriyah memiliki rahsia atau petanda besar.

Daripada semua di atas, (dan kisah-kisah lain yang tidak tertulis) apakah Rasulullah saw sama kedudukannya (maqam) baginda dengan orang biasa di kampong Mekah pada ketika itu atau sehingga hari ini. Kenapakah berhasrat sangat ingin menempel pada sosok tubuh Rasulullah itu adalah hanya manusia biasa sahaja seperti kita dari segi makan minum sehingga penampilan nabi Islam itu dilihat sama seperti tokoh sejarawan yang lain.

Adalah sangat penting agama wahyu ini sebagai satu ajaran untuk menyelamatkan umat manusia dan jin serta rahmat bagi sekalian alam, mempunyai bersamanya kekuatan spiritual. Jika ditanggalkan ia akan menjadi umpama isme-isme ciptaan barat atau pun ciptaan timur yang gagal seperti liberalisma, sosialisma, komunisma dan lain-lain. Suatu hari umat agama samawi termasuk agama Islam, akan menganggap tuhan mereka sudah lesu dan mati, lalu mereka menjual gereja-gereja atau tempat-tempat ibadat mereka.

Telah lebih 1400 tahun Rasulullah saw meninggalkan kita. Keberadaan kita sebagai umat Islam akhir zaman pada hari ini yang menganut agama baginda, walau pun kita tidak pernah melihat wajah baginda dan tidak pernah kita mendengar suara baginda saw, tetapi kita beriman padanya. Lantaran kita menyedari kebenaran jalan hidup yang dibawanya, dan kita terpimpin oleh ajaran wahyu daripada baginda bagi kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Setelah semua itu, apakah tidak lahir di dalam jiwa kita rindu kasih dan cinta kepada sosok tubuh baginda apabila mengenangkan pengorbanan, perjuangan dan kesusahan yang ditanggung baginda, sebagaimana kita terkenangkan pengorbanan kedua ibu dan bapa kita. Bukankah orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta yang memperbanyakkan bersolawat kepada baginda sangat merindui untuk mendapat tempat tinggal di syurga bersama baginda di hari akhirat. Perasaan apakah yang terbenak didalam jiwa orang-orang yang ‘mendakwa dan mendakwi’, jika menampakkan kasih dan cinta kita kepada baginda sebagai manifestasi kesyukuran maulidur rasul itu dikatakan sia-sia. Apakah mereka tidak berpusing dan melihat pula ke dalam diri mereka itu, bahawa persepsi semacam itulah sebenarnya bid’ah dan sia-sia.

Akhir Kalam

Asas sebenar yang membina pandangan kesejahteraan Islam dalam diri manusia itu ialah falsafah. Dengan berfilsafat manusia terpandu untuk mengakui hakikat benar atau salah dalam pandangan dan tindakannya. Merenung dengan falsafah, manusia bisa saja tunduk menangis ketika mengkagumi kebesaran Allah Azzawajalla sehingga jiwa mereka putih bersih lalu melahirkan daya tahan untuk berjihad mencegah kemungkaran. Daripada semua itu dengan sendiri falsafah menjadi paksi ‘keadilan berfikir’ sehingga menjadikan manusia beradab sopan, dan bersedia untuk mengakui haq dan batil. Inilah kekuatan manusia untuk melakukan tamadun dan pembaikan termasuklah membina dan merapatkan perpaduan. Falsafah itulah yang dimiliki oleh manusia-manusia pilihan sebelum daripada mereka diangkat menjadi nabi dan rasul. Tokoh-tokoh Islam dan kepimpinan negara harus sama-sama membina ‘world view’ Islam seperti ini daripada bayangan falsafah.

Jika Allah swt dengan sifat ilmuNya yang maha mengetahui (sebelum dijadikan alam ini) bahawa, Muhammad saw itu adalah makhluk terbaik sekali diantara seluruh makhluk di alam raya ini, maka Allah swt dengan IradahNya yang seiring dengan IlmuNya memilih dan mengangkat Muhammad saw sebagai PesuruhNya. Lantaran itu apakah masih tersisa kelemahan atau kekurangan pada batang tubuh Nabi saw, atau masih terdapat kelemahan baginda sebagai suri teladan di sepanjang sejarah Rasulullah itu yang sebelumnya tidak diketahui oleh Sang Pencipta.

Hendaklah diketahui ketidakmampuan melahirkan tasawwur agama yang sejahtera dan terhormat, serta melupai nilai-nilai beradab sopan adalah dengan sendirinya menunjukkan persepsi itu tidak bijaksana dan tidak bertamadun. Renunglah dengan mata hati.

Ahad, 25 Januari 2009

ISRAEL TIDAK MENGERTI BAHASA DAMAI

Akhbar al Watan, Arab Saudi (17 Januari 09) telah menyiarkan kenyataan seorang Rabbi Yahudi, Mordachi Elyaho mengenai Perang Gaza. Rabbi (pemimpin agama Yahudi) itu mengatakan jika Israel membunuh 100 orang Palestin, tetapi rakyat Palestin tidak melakukan sesuatu untuk menghentikan serangan roket oleh Brigade al-Qassam ke Israel, kita akan membunuh 1000 orang Palestin. Dan jika serangan roket itu tidak juga dihentikan, kita harus membunuh 10,000 orang Palestin hatta sehingga 1 juta orang. Rabbi yang mengutip ayat dalam Kitab Talmud, telah mengirimkan surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, berisi artikel yang mengizinkan orang-orang Yahudi membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan mereka akan dibebaskan daripada tuduhan membunuh. Menurut akhbar Al-Watan, Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa serangan Israel di Gaza adalah sesuai dengan ajaran kitab Taurat sebagai bentuk hukuman kepada musuh.

Demikianlah orang-orang Yahudi. Kesesatan mereka didalam berfikir sudah tersangat meleset dan jauh, melebihi golongan Kristian. Sudah berzaman-zaman lebih 1900 tahun Allah memberinya peluang bertaubat, tetapi spesis Yahudi ini terus berkali-kali melakukan kejahatan dan engkar kepada Tuhan. Kejahatan dan sikap bongkak mereka benar-benar sudah menjadi habitat. Kerana itulah Allah melaknat bangsa Yahudi. Akibat daripada laknat Allah itu lah menjadikan mereka satu-satunya bangsa didunia ini merempat hina dan tidak mempunyai negara dan tanah air.


Allah berfirman (QS.5:64) maksudnya ”Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu.


Allah berfirman (QS. 3:78) maksudnya “Dan sesungguhnya di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangka ia sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).


Lantaran nasib bangsa mereka yang merempat menumpang dinegara Eropah dan negara-negara Arab sejak lebih seribu tahun, mereka bekerja keras untuk mempunyai sebuah negara buat mereka. Maka berlakukah sebagaimana yang tercatat dalam lipatan sejarah tentang penubuhan negara Israel untuk bangsa Yahudi di Palestin pada 15 Mei 1948 melalui resolusi PBB. Atas sokongan beberapa negara Eropah. Negara ini diwujudkan secara tidak sah diatas tanah orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada perkampungan mereka. Pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin pada 9 dan 10 April 1948 telah dirakamkan dengan terperinci. Berita pembunuhan ini disebarkan secara meluas untuk menakut-nakutkan penduduk Palestin yang masih belum mahu meninggalkan kediaman. Strategi ini berjaya dan ribuan penduduk Palestin mula meninggalkan kampung halaman dan harta benda mereka.



Pembunuhan beramai-ramai oleh Regim Israel di Sabra dan Shatilla 1982 atas arahan PM Israel masa itu Ariel Sharon. Kini mantan PM Yahudi itu terlantar koma diperbaringan sejak 5 tahun yang lalu. Ada penganalisis memberi andaian, beliau terus berkeadaan begitu sehingga zuhurnya Imam Zaman.

Zionis Yahudi telah mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah memusnahkan 478 buah kampung serta malakukan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.


Selepas terdirinya negara haram Israel ini, bangsa Yahudi yang berselerak diseluruh dunia dipanggil pulang menetap di Israel. Kewujudan negara ini kemudian telah menjadi barah kepada Timor Tengah. Tetapi yang perit menanggung sakitnya ialah rakyat Palestin sendiri. Keberadaannya menjadi penghalang kepada kemerdekaan sebuah negara Palestin sehingga kini.


Rentetan peristiwa yang berlaku semenjak 1948, tidak pernah memberikan petunjuk kepada dunia bahawa Israel ini membawa keamanan kepada Timor Tengah. Timor Tengah terus bergolak kerana dasar perluasan wilayah dan penjajahan Israel. Regim Israel tidak pernah menghormati resolusi PBB dan ia sering bertindak diluar batas-batas kemanusiaan. Manakala Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama tetap menganggap Israel adalah sekutunya.


Nota: Bilakah akan berakhir isu Palestin ini? Tiada formula baru yang digubah oleh PBB, selain rundingan damai. Sedang Zionis Isreal adalah spesis Yahudi yang telah dilaknat Tuhan dan mereka tidak mengerti bahasa damai. Lalu saranan melenyapkan negara Israel daripada peta dunia adalah yang paling tepat. Umat Islam harus melakukannya.

Sabtu, 17 Januari 2009

MENGHARAPKAN IRAN CAMPUR TANGAN DI GAZA














Mayat-mayat warga awam bergelimpangan di sana sini akibat serangan tentera rigim Israel di Gaza

Serangan tentera Israel di Gaza yang kini telah membunuh lebih 1000 orang penduduk, telah mengundang perdebatan yang berani dikalangan orang ramai, khususnya umat Islam. Perdebatan terjadi dimana-mana sahaja bila ada perjumpaan. Penulis pernah tergamam apabila mendengar sekumpulan orang-orang berkata dengan bahasa yang sunguh keras lagi lucah mengecam negara-negara Arab. Katanya Arab langsung tidak boleh diharapkan. Arab berpecah-belah dan saling mementingkan diri sendiri. Arab setiap hari menjadi janda Amerika kemudian berkahwin mut’ah secara sulit dengan Israel. Ada yang mencabar Iran. Kenapa tidak mahu tunjukkan kekuatan Islam. Iran yang boleh diharapkan kenapa tidak mahu bertindak seperti yang dilakukan oleh Saddam Hussein dahulu. Bukankah Iran mempunyai roket-roket yang boleh memusnahkan Israel.


Iran membuat peluru berpandunya sendiri yang boleh sampai ke Israel

Umat Islam menyedari Arab kini lesu dan berpendapat Iran sepatutnya bertindak segera menyelamatkan penduduk Gaza sebelum Israel menguasainya. Rata-rata umat Islam berpendapat hanya Iran dan Hezbolah sahaja yang boleh menghadapi kemaraan Israel.

Tidak dinafikan kemampuan Iran untuk memusnahkan Israel. Jika Israel boleh tumpas oleh pasukan Hezbolah Lebanon dalam perang hanya 33 hari bagaimana jika ia berperang dengan sebuah negara seperti Iran. Dunia pun tahu sikap keras Presiden Iran Dr. Ahmadinejad terhadap Amerika dan ancaman Iran untuk melenyapkan Israel daripada peta dunia. Barat sebenarnya mengakui hakikat itu. Peluru pandu Shahab 2 Iran boleh melepasi 2000 km. Ia pula boleh diubah suai untuk membawa peledak nuklear. Israel dalam jarak 1200 km adalah dlm jangkauannya. Apa lagi peluru pandu terbaru Iran yang telah diuji dan boleh menjejaki sampai ke Benua Eropah.

Ertinya pangkalan-pengkalan tentera Amerika yang berada di Timor Tengah juga dalam jangkauannya. Iran juga mempunyai Pasukan Tentera Elit yang kuat menjiwai agama dan bersedia untuk mati syahid, yang mana tidak ada negara yang memiliki pasukan seperti itu. Barat juga menyedari hakikat bahawa jika pecah perang, Selat Hormuz sebagai laluan minyak dunia boleh dikawal oleh tentera laut Iran.

Tentera darat Iran dalam satu perbarisan

Perasaan ingin membalas dendam ke atas kezaliman Zionis Israel yang acap kali membelakangkan gencatan senjata dan mempermain-mainkan resolusi-resolusi PBB telah merumuskan penyelesaian sesetengah kumpulan Islam bertindak sendirian seperti kumpulan JI dan AlQaeda, sehingga dunia keliru dan tidak dapat membedakan perjuangan yang sah dilakukan oleh rakyat Palestin untuk menuntut kemerdekaan tanah air mereka dengan kegiatan keganasan.

Campur Tangan

Tetapi sebenarnya, jawapannya kepada perasaan umat Islam diatas tidaklah semudah untuk Iran campur tangan di Gaza. Ia akan membuka medan konflik yang lebih rumit. Apalagi ketika ini politik Arab yang masih tunduk dengan kehendak Resolusi PBB yang diolah oleh Amerika supaya memboikot Iran. Ia samalah persoalan, kenapa Malaysia tak campur tangan terhadap penindasan keatas umat Islam di Selatan Thailand. Kenapa Pakistan yang juga sebuah kuasa nuklear sangat berhati-hati mengenai isu umat Islam Kashmir.

Pemimpin-pemimpin dunia Islam yang aktif untuk mendesak, seharusnya juga melihat kedudukan Iran. Iran adalah sebuah negara. Iran bukan sebuah pertubuhan, yang sekadar menyuara dan mendesak. Di sana ada sempadan antarabangsa. Ada undang-undang antarabangsa. Iran adalah anggota PPB dan ia adalah sebahagian daripada PBB. Kita haruslah juga melihat kedudukan Iran dalam persepsi Perjanjian Hudaibiah di dalam sejarah. Perjanjian Hudaibiah yang dimetrai Rasullulah, juga terikat mengenai sempadan dan undang-undang antarabangsa. Iran bukan tidak ada perasaan sedih dan kecewa terhadap tragedi di Gaza kerana kelesuan negara-negara Arab. Malah rakyat Iran lebih banyak berkorban dan membela umat Islam di Palestin berbanding negara-negara lain. Bukankah takala Hamas menang, bantuan kewangan Iran telah pun sampai sebelum daripada negara-negara lain memberi bantuan. Ketika Mesir menutup sempadannya, bantuan kemanusiaan ubatan dan makanan dari Iran diseludup masuk ke Gaza melalui terowong bawah tanah yang kini terowong tersebut dibedil oleh Israel.

Presiden Ahmadinejad

Bukankah Iran, satu-satunya negara didunia ini yang mengistiharkan Hari Jumaat Terakhir bulan Ramadhan setiap tahun sebagai Hari Al Quds Sedunia, sebagai pengfiktirafan kepada perjuangan rakyat Palestin, sejak zaman Imam Khomeini lagi. Sebagai gagasan perpaduan umat Islam. Siapakah pemimpin umat Islam lain yang lebih serius daripada Iran memperjuangkan Al Quds. Manakah pertubuhan Islam yang lantang dan menunjukkan keseriusan yang matang secara berterusan tentang Al Quds di dunia ini.

Iran tentu sahaja mahu bertindak bijak. Persepsi agama, cubit peha kanan, peha kiri turut merasai sakit adalah tidak tepat dalam isu ini. Sebagaimana kita tidak berupaya untuk jauh mencampuri urusan umat Islam yang ditindas di Selatan Thailand. Demikian juga kita tidak sesenang-senang boleh terus masuk kerumah jiran untuk meleraikan kerumitan, walau pun kita kuat dan perkasa. Ditambahi pula tidak wujud tindakan secara kolektif negara-negara Arab di Timor Tengah. Mesir terikat dengan Perjanjian Kem David dengan Israel dan mendapat dana tahunan. Begitu juga Jordan dan negara-negara Arab lain, terikat untuk menjaga kepentingan masing-masing.

Iran tidak boleh berfikir dan bertindak seperti kumpulan Jemaah Islamiah (JI) mahu pun kumpulan Al Qaeda. Iran tidak seperti Saddam Hussien yang membalas kekejamam dengan aksi kekerasan. Pada ketika-ketika yang tidak kena, ketegasan ketenteraan mungkin sahaja akan dianggap oleh dunia sebagai keganasan lawan keganasan. Bukan dianggap pembelaan. Malah negara-negara Arab dan negara-negara Islam yang lain kemungkinan saja akan berpihak kepada barat.

Bandar Gaza terbakar setelah diserang oleh jet-jet tempur Israel
Kerajaan Iran tentu lebih mengetahui bagaimana mereka harus bersikap dan bertindak kerana mereka mempunyai maklumat-maklumat perisikan antarabangsa dan menjalinkan perhubungan-perhubungan diperingkat antarabangsa. Mereka juga mempunyai Majlis Ulamak yang mengawal dan menasihati kelangsungan politik Iran diperingkat internasional.

Iran ialah sebuah Republik Islam, dan ia adalah juga anggota PBB. Kita tidak boleh berpersepsi Iran sama seperti negara-negara Islam sekular yang lain. Ia sangat berbeza. Sebagai sebuah negara Islam, Iran tentu sahaja akan menunjukkan contoh yang paling berhemah. Persepsinya adalah persepsi sebuah negara. Apa lagi ia satu-satunya Republik Islam di dunia ini. Ia juga harus melihat masa hadapan umat Islam sedunia dalam kontek kekhalifahan agama dan kemanusiaan sejagat. Iran menyedari kedudukannya penting. Kehadirannya di medan politik antarabangsa penting. Kerana itulah barat ingin menyeret Iran kekancah peperangan dan mahu melenyapkannya secara kolektif.

Pemimpin-pemimpin Iran telah terbukti berjaya menguruskan politik kenegaraannya dengan baik selama hampir 30 tahun. Selepas menang revolusi 1979, rakyat Iran telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang kuat. Iran berjaya dikekal membangun sehingga kehari ini walau pun menghadapi peperangan yang dipaksakan selama 8 tahun oleh Saddam Hussein yang didokong AS ketika itu. Dan dalam ketika yang sama negara-negara Arab dan dan PBB yang ditunggangi AS memboikotnya, negara ini seolah-olah terpaksa hidup bersendirian dan terpaksa berusaha membangunkan pertaniannya. Iran kini tidak perlu lagi mengimport makanan dari luar negara.

Adalah satu cabaran yang sangat sukar dihadapi oleh Iran bila ia diboikot dan tidak ada negara yang menjalinkan hubungan ekonomi perdagangan dengannya termasuk jiran Arabnya. Ekonomi Iran sukar berkembang. Bukankah ini satu yang sangat berbeda dan luar biasa. Lihatlah gerakan-gerakan Islam lain yang pernah menang memerintah di beberapa negara, tidak berupaya mengekalkan kemenangan mereka, seperti Mujahiddin di Afghanistan, Parti Islam FIS di Algeria, Hisbul Muslimin di Mesir dan parti Islam di Turki. Kegagalan demi kegagalan ini sebenarnya membuktikan tekanan barat dan siasah barat adalah tersangat dahsyat dan licik. Pengalaman Iran mengajar bahawa ujian sebesar ini tak akan mampu dihadapi sekali pun ada sokongan rakyat tanpa ada persiapan mental dan kekuatan dalaman. Para intelktual Islam kini mulai menyedari bahawa kejayaan Iran adalah satu model yang harus dipelajari.

Kelangsungan Iran telah diyakini untuk dekad yang akan datang sebagai kuasa besar dunia Islam. Ketegasan Iran kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam perkara haknya untuk memiliki teknlogi nuklear adalah jelas memperlihatkan kebijakan Iran, sehingga mereka dapat meraih sokongan kuasa-kuasa besar seperti China, Russia yang mempunyai hak veto di PBB menyokongnya. Amerika semakin terkantoi kerana masyarakat dunia mengakui kebenaran adalah berpihak kepada Iran. Dan dunia juga mengakui keperluan nuklear sebagai tenaga alternatif. Dalam masa yang sama Iran mengikat kuasa-kuasa besar tersebut dengan perjanjian ekonomi dan perdagangan.

Wasalam.

Khamis, 15 Januari 2009

TENTERA ISRAEL LEMAH SEPERTI SARANG LABAH-LABAH

Seluruh negara-negara Arab telah tertipu dengan kepercayaan yang dibangun regim Zionis Israel yang mempamerkan kekuatan dan kecanggihan senjata perangnya. Dunia Barat, khasnya AS dan Britain tak pernah berhenti menjajakan kepercayaan itu bahawa kemampuan angkatan tentera Israel adalah yang paling kuat dan digeruni di Timor Tengah. Dengan memiliki jet tempur yang paling sofitikated dan segala kelengkapan yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat, dunia percaya Israel merupakan angkataan tentera yang paling kehadapan. Apa lagi keganasan tentera Israel telah menjadi adat di Palestin dan tidak dapat dibendung-bendung oleh kerajaan-kerajaan Arab. Oleh kerana Israel memang pernah memenangi peperangan di Timor Tengah hanya dalam hitungan hari, tiada siapa yang pernah menggugat mitos itu.

Tidak seperti umumnya negara-negara Arab, Hezbollah (Barisan Arab Muslim Lebanon Selatan) tidak pernah merasa gentar dan bimbang menghadapi rigim Zionis Israel. “Rejim Zionis sebenarnya lebih lemah dari sarang laba-laba” kata Setiausaha Agong Hezbollah, Hujjatuleslam Sayid Hasan Nasrollah. Hezbollah membuktikan kata-katanya. Mereka melakukan Operasi Pembebasan oleh Hezbollah atas Shab’aa, sebuah kawasan subur di Lebanon Selatan yang diduduki Israel. Lapan askar Zionis terbunuh dan dua lainnya ditawan Hezbollah dalam operasi tersebut. Israel lalu mengistiharkan perang besar-besaran ke seluruh wilayah Lebanon pada 12 Julai 2006 dengan alasan memburu pejuang-pejuang Hezbollah. Kuasa besar AS dan sekutunya seperti biasa menyokong Israel. Seluruh Lebanon, terutama di Selatan yang menjadi kubu kuat Hezbollah, digempur membabi buta oleh jet-jet tempur Israel dalam Perang 33 Hari yang sangat terkenal itu.





Pasukan Hezbolah yang kuat menjiwai agama dan mencintai mati syahid


Oleh kerana mempercayai kemampuan perang mereka, pemimpin rigim Israel telah lupa bahawa mereka pernah diusir keluar oleh pejuang Hezbollah dari wilayah Lebanon Selatan pada tahun 2000. Hampir semua orang memperkirakan Hezbollah akan tergulung oleh operasi militer Israel hanya dalam beberapa hari, kerana kekuatan yang tidak seimbang, apalagi mereka menganggap Hezbollah cuma sekadar organisasi militan, sedangkan Israel memiliki kekuatan raksasa di Timur Tengah yang sentiasa disokong kuasa besar AS.


Tetapi telah berlaku keajaiban yang tidak pernah diduga. Pemimpin-pemimpin dunia tergamam. Bukannya Hezbollah yang lumpuh tetapi tentera Zionis yang kucar-kacir akibat serangan balas dan strategi peperangan yang dijeratkan oleh Hezbollah. Sekitar 430 tentera Zionis terkorban dalam perang terbuka 33 hari tersebut. Di pihak Hezbollah sendiri kehilangan jiwa anggotanya sekitar 60 syuhada. Setiap hari lebih dari 100 roket katusya dibedil oleh Hezbollah di Utara Israel. Sejumlah 130 tank supermodern Merkava Israel yang mencerobohi Selatan Lebanon dimusnahkan. Empat puluh lapan kenderaan tentera darat turut musnah. Lima helikopter dan dua jet tempur milik Israel yang selama ini ditakuti negara-negara Arab ditembak jatuh oleh roket Hezbollah. Tiga buah kapal tentera laut (Battleship) Israel turut diserang dan dimusnahkan.
Pasukan Israel hanya menyasarkan serangan militer mereka kepada warga awam dan mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada Lebanon. Rejim Israel malu besar di depan dunia dan malu di depan rakyat Yahudi sendiri. Tidak pernah mereka mengalami kekalahan sedemikian teruk ketika berperang dengan mana-mana negara Arab. Hezbollah dianggap pemenang dalam perang 33 hari tersebut. Ia telah melenyapkan anggapan negara-negara Arab bahawa Israel tidak boleh dikalahkan. Seluruh dunia hingga kini masih tidak dapat memahami bagaimana Israel yang memiliki keupayaan dan teknoloji perang yang paling sofistikated lagi tidak seimbang, boleh kecundang berhadapan dengan pasukan Hezbollah.


Catatan media dan komentar:


Rakyat Lebanon sangat mempercayai Setiausaha Agong Hezbollah, Hujjatuleslam Sayid Hasan Nasrollah kerana tidak pernah berdusta dengan kata-katanya. Hezbollah tidak suka bermain politik. Mereka selalu melakukan kerja-kerja kebajikan dengan ikhlas dan memberikan bantuan kepada rakyat Lebanon tanpa mengira kaum dan agama sejak lama.

Selasa, 13 Januari 2009

SAMBUTAN 10 MUHARRAM

PERSEPSI SALAH MENGANGGAP SYIAH MENYIKSA DIRI PADA SAMBUTAN PERISTIWA KARBALA 10 MUHARRAM

[1]
Persoalan berkaitan matham (memukul badan) hingga berdarah oleh sebahagian Syiah pada setiap 10 Muharram selalu menjadi tuduhan liar musuh-musuh Islam. Disebabkan kurang informasi kerana Dasar Memboikot Republic Islam Iran oleh negara-negara Arab yang mengikut telunjuk Amerika Syarikat, umat Islam akhirnya membentengi diri mereka sendiri untuk mengetahui pandangan yang berbeda daripada masyarakat dan ulamak-ulamak Iran. Mereka begitu mudah dikotak-katikkan menjadi umat yang saling tuduh menuduh dan bermusuhan.

[2] Isu matham menjadi agenda dan dakyah musuh-musuh Islam dan kaum Wahabi yang bersekongkol dengan Amerika serta agen-agen Zionis. Mereka menyiarkan gambar-gambar yang dirakam 10 tahun dahulu kaum ghulat Syiah Pakistan, India, Iraq yg melampau. Disamping media elektronik antarabangsa, media-media tempatan juga terpengaruh untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut secara berulang-ulang dengan artikel-artikel baru, bertujuan mengambarkan 450 juta masyarakat Syiah seluruh dunia adalah seperti gambar tersebut. Objektif Amerika ialah supaya umat Islam menganggap Iran ialah pusat kesesatan ajaran Syiah dan pusat pelampau agama.

Sambutan 10 Muharram di Tehran


[3] Sebenarnya matham bukanlah memukul badan atau menyiksa diri, tetapi ialah menepuk dada sebagai manifestasi daripada kesedihan Tragedi Karbala yang diingati sebagai pengisian acara sambutan 10 Muharram tersebut, iaitu tarikh berlakunya tragedi hitam berkenaan. Peristiwa itu ialah mengenai penyembelihan keatas Imam Hussein ahlul bait nabi oleh pasukan Ibnu Ziyad di zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyyah, dimana kesemua wanita dan anak kecil ahli keluarga nabi saw ditawan dan digiring manakala kepala Imam Hussein as yang wajahnya mirip wajah nabi itu disembelih, dijulang di atas tombak dan diarak hingga Damsyik. Kepala cucu rasulullah yang mulia kemudian, diletakkan dihadapan kaki Yazid sebagai tanda kemenangan dan kekuasaan Bani Umawiyyah ke atas Ahlul Bait.

[4] Masyarakat Islam Ahlussunah juga menyambut hari 10 Muharram tetapi persepsinya berbeda. Masyrakat ahlul bait atau Syiah memberi fokus kepada peristiwa Karbala pada 10 Muharram, diatas hujah-hujah tertentu. Antaranya ialah penghayatan kepada Konsep Imamah atau kepimpinan agama (merujuk kepada hadith Ghadir Khum) yang diwarisi oleh Imam Hussein as dan dua belas Imam daripada keturunan Imam Ali bin Abi Tholib as. Mereka juga menghayati prinsip taat dan kepatuhan. Masyarakat Syiah khususnya di Iran, melalui peristiwa 10 Muharram itu telah berjaya menghidupkan jiwa para revolusioner serta menyuntik keberanian dan rasa juang untuk membela kaum tertindas.
[5] Biasanya acara matham adalah pengisian akhir semasa perbarisan dan perarakan membawa sepanduk. Pengisian yang lebih penting sambutan 10 Muharram bukanlah matham, tetapi ialah ucapan dan doa oleh pemimpin-pemimpin agama. Pengisian juga disusuli dengan syair-syair penghayatan dan deklamasi sajak oleh orang-orang tertentu. Barisan Pasdaran (Revolusioner) Iran telah berjaya menghidupkan majlis-majlis seperti ini dan meniupkan semangat keberanian bukan calang-calang kepalang ketika era revolusi 1979 hingga berjaya menumbang kerajaan boneka Shah Iran yang didokong Amerika dan menubuhkan Republic Islam Iran. Bangsa Iran telah membayar sejuta para syuhada untuk kemenangan revolusi pada 1979 dan juga kesanggupan menanggung kesusahan sepanjang Iran boikot oleh pihak antarabangsa.
[6] Di Iran matham tidak mgeluarkan darah. Hanya menepuk dada dan beberapa cara yang lain yang tidak mencederakan atau menyiksa diri. Imam Khomeini telah memberikan fatwa tidak membolehkan matham seperti itu. Sebenarnya matham yang dianjurkan ialah penghayatan kepada peristiwa Karbala tentang kesanggupan Imam Hussein as merelakan dirinya demi kebenaran. Daripada peristiwa itu diambil pengertian tentang pengorbanan demi haq keatas kebatilan. Daripadanya melahirkan keyakinan yang mantap kepada barisan revolusioner Iran. Hari ini penghayatan matham merupakan pengisian didalam latihan tentera elit Iran yang sangat digeruni AS.

Majlis memperingati peristiwa 10 Muharram diisi dengan syarahan dan doa

[7] Seperti mana masyarakat kita juga berarak semasa Sambutan Maulidur Rasul dan seperti mana juga Parti Islam Pas membuat pengisian Sambutan Syuhada Tragedi Memali dengan pengisian-pengisian seperti syair dan pentomen. Sesungguhnya masyarakat ahlul bait (Syiah) adalah lebih serius lagi berkenaan para syuhada dan kesyahidan terutama berkaitan dengan nabi dan ahlul baitnya. Mereka menyambut dan mengingatinya setiap tahun.

[8] Ketika era revolusi, Polis Savak (Polis Rahsia Shah) selalu mencari kumpulan-kumpulan revolusioner yang menganjurkan amalan ini. Mereka akan ditangkap, dipenjarakan atau dibunuh. Pemerintah Shah Iran sangat mengetahui keberkesanan tarbiah matham Karbala ini.

[9] Terdapat pelbagai sejarah matham. Antaranya berasal daripada kedukaan Imam Ali Zainal Abidin As Sajjad (Imam ke 4 ahlul bait) cicit nabi saw ketika kembali ke tempat tragedi Karbala itu pada hari ke 40 yang dikenali sebagai hari Arbain. Imam menarik nafas panjang sambil menepuk dada kerana tersangat sedih terharu apabila melihat tempat tragedi peperangan itu. Di gurun gersang inilah tempat Imam Hussain (keturunan nabi saw yang mulia) disembelih dan kepala Imam Hussain as di arak atas tombak sejauh 3000 km ke Damsyik dan dipersembahkan dihadapan kaki Yazid bin Muawiyah. Digurun gersang inilah wanita ahli-ahli keluarga nabi saw dihinakan dan diinjak-injak. (Peristiwa ini pernah diungkap oleh nabi saw semasa hayat baginda)

[10] Kaum Wahabi dan musuh-musuh Islam begitu mudah menuduh Syiah sesat dan kafir kerana melahirkan kesedihan yang bersangatan dalam matham. Jika pun musuh-musuh Iran boleh membuktikan rakyat Iran melakukan hal yang sedemikian, itu mungkin segelintir daripada 70 juta penduduk. Sebagai contoh, mungkin ada sebahagian kecil insan dimana-mana sahaja yang kematian ibunya, atau orang tersayang lalu ia sebak dan menangis secara berlarutan yang mungkin saja membahayakan diri. Jika kondisi yang demikian itu, lalu kita menganggapnya sebagai kafir, Umar al-Khatab adalah lebih awal patut dikafirkan kerana melahirkan kesedihan yang melampau sehingga mengancam akan membunuh sesiapa yang mengatakan Rasulullah saw sudah wafat. Tidakkah perbuatan Umar Al Khatab itu lebih melampau.."

[11] Persepsi orang-orang yang mendakwa Syiah sesat juga selalu tidak konsisten dan 'double standard'. Mereka selalu tidak menghormati pendapat mazhab-mazhab yang berbeda. Disebalik mereka mengatakan Syiah sesat kerana dakwaan mathamnya, dalam masa yang sama mereka menerima pula dan menilai acara Kavadi yang mencucuk lidah dan badan dengan jarum-jarum, besi-besi oleh penganut Hindu sebagai kebebasan agama dan mengizinkannya tanpa mengecam perbuatan itu sebagai menyiksa diri. Sedangkan matham dan sebarang perbuatan yang menyiksa diri adalah dihukumkan haram oleh ulama-ulama Syiah atau Ahlul Bait.

Jumaat, 9 Januari 2009

Cerpen: MENJUAL SYURGA

Oleh : Fadhil Abbas b Mohd Zain
Umur: 12 Tahun


Sungai Tigris mengalir senak dek muatan salji yang mencair. Dari hulunya di pergunungan timur Turki melewati bandar-bandar masyhur di Iraq hingga ke Baghdad mengalir terus ke Teluk Parsi, ia membawa kesuburan rezeki dari penciptaNya.

Seusai solat Subuh, Bahlul menyusuri lorong-lorong kediaman fakir miskin di sepanjang sungai itu. Daripada satu tangan ke tangan lain yang menadah, Bahlul meletakkan roti tanda sedekahnya buat mereka. Satu yang tidak terungkai oleh mereka adalah bagaimana mungkin seorang gila berpakaian compang-camping tidak pernah gagal melaksanakan rutin hariannya yang mulia.

Nalurinya kemudian membawa Bahlul terus menyusuri tebing Tigris melewati kebun plum dan aprikot. Haruman bunga-bungaan yang merumpun di hujung kebun seolah-olah menggamitnya ke sana pula. Syahdu hatinya tersentuh dek indahnya suasana musim bunga yang mula melangkah bulan kedua. Terkenang kembali akan dia pada hiruk pikuk temasya sambutan hari pertama musim bunga di istana khalifah. Pada hari itu Bahlul yang sememangnya dikenali sebagai orang yang tidak waras, tanpa diundang menghampiri Harun ar Rasyid yang sedang berpesta dengan minuman khamar serta penari-penari geleknya.

Harun ingin membuktikan bahawa khamar adalah halal walhal dia sendiri tahu telah tercatit di dalam Al Quran ianya haram, lantas bertanya kepada si gila Bahlul.

“Apakah haram memakan anggur?”
“Tidak,” jawab Bahlul.
“Apakah haram, sekiranya setelah makan anggur kemudian meminum air?” tanya Harun.
“Tidak ada masalah,” jawab Bahlul.
“Lalu, bagaimana jika setelah makan anggur dan minum air, seseorang duduk sebentar di bawah sinar matahari?” tanya Harun lagi.
“Itu juga tiada masalah,” jawab Bahlul.
Kemudian Harun berkata, “Jika demikian, ketika adunan anggur dan air dijemur sebentar di terik matahari, bagaimana mungkin menjadi haram?”
Bahlul lalu menjawab dengan pertanyaan, “Jika sedikit tanah diletakkan di kepala seseorang, akankah berbahaya?”
“Tidak,” jawab Harun.
“Kemudian, jika air dituangkan ke tanah itu, apakah ia akan menyebabkan rasa sakit?” tanya Bahlul.
“Tidak,” jawab Harun.
“Jika tanah dan air dicampur menjadi sebuah bata, lalu dilemparkan ke kepala seseorang, bukankah menyebabkan rasa sakit?” tanya Bahlul.
Khalifah menjawab, “Benar, batu itu akan melukai kepala orang itu.”
Bahlul lalu berkata, “Kesimpulannya, adunan tanah dan air yang kemudian yang dijadikan bata boleh melukai kepala manusia dan menyebabkan rasa sakit padanya. Demikianlah juga adunan anggur dan air yang kemudian dijadikan khamar. Meminum khamar menyebabkan banyak masalah dan adalah wajib menghukum peminumnya!”

Khalifah menjadi tertekan di atas jawapan Bahlul lantas memerintahkan agar persediaan khamarnya dibuang.

Bahlul tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa itu dan banyak lagi peristiwa-peristiwa lain antaranya dengan khalifah Harun. Walaupun di mata Harun malah hampir semua penduduk Baghdad dia itu gila namun dia sentiasa memenangi persoalan-persoalan yang ditimbulkan Harun. Tidak hairanlah kebenaran berada di pihaknya kerana Bahlul merupakan seorang bekas hakim.

Dalam Bahlul mengimbau kembali peristiwa tersebut, tangannya memetik-metik bunga-bungaan di sekelilingnya. Seperti lagaknya seorang anak kecil, dia memetik bunga-bungaan untuk dibina sebuah taman. Dikutipnya batu-batu kecil sungai pula lalu dibina sebuah binaan. Dikutipnya pula dahan-dahan kecil dari pohon-pohon berhampiran. Dahan-dahan itu ada yang dicacak ke dalam tanah dan ada pula yang dijadikan seperti alang.

Diaturkannya bunga berwarna biru gerau sederet di bahagian paling luar alang. Bunga berwarna nilakandi pula di lapisan dalamnya, di susun berjajar. Sementara bunga berwarna merah kesumba disusun membulat diselang-seli dengan bunga berwarna kuning gading. Lapisan membulat sebelah dalam diatur indah dengan bunga berwarna ungu lembayung pula. Serumpun bunga paling digemarinya, bunga mawar berwarna merah kesumba diletak di bahagian paling tengah sekali. Beberapa helai daun berwarna hijau gadung diselit di antara gubahan tamannya. Setiap spesies bunga itu mengeluarkan aroma harum yang tersendiri. Bahlul sendiri kagum akan keindahan taman ciptaannya terutama ketika dipancar sinar matahari yang mula menaik.
Taman hiasan
Ketika mengamati tamannya yang indah itu, Bahlul ternampak dari kejauhan Puteri Zubaidah sedang berjalan lambat-lambat menghirup udara segar pagi itu. Wanita anggun itu mengenakan perhiasan kepala bertatah batu permata. Tudung kepalanya terdapat corak bunga-bungaan disida air emas. Tidak cukup dengan bahagian kepala, baju dan kasutnya dipenuhi dengan segala macam kemewahan. Hebatnya busana isteri khalifah hinggakan dari jauh Bahlul boleh nampak akan kilauannya itu.

Permaisuri Zubaidah semakin menghampiri Bahlul. Dua orang dayangnya berjalan dibahagian kanan dan kiri sebelah hadapannya sementara yang lain mengekori si permaisuri dari belakang. Si dayang di sisi kiri memandang Bahlul dengan muka mencemuh.

“Apa yang dibuat si Bahlul ini? Dibina taman seperti anak-anak kecil. Entah-entah dia berangan membina Taman Tergantung Babylon. Mahu dihadiahkan siapa tamannya itu? Siapalah pula yang sudi menerimanya?”
Dilantunkan cemuhannya di dalam sebuah syair pula namun hanya berani di dalam hati.

Hairan semua akan si Bahlul ini
Kelakuan pelik hari ke hari
Dulu hakim bijak bestari
Sekarang gila tak sedar diri
Dulu kaya lagi berharta
Sekarang miskin papa kedana
Hidup merempat melarat pula
Tapi beraninya tak takut sesiapa
Hadir semua majlis istana
Bukan untuk makan, berdiskusi sahaja
Pasti kalah yang berdebat dengannya
Tak kira khalifah atau pembesarnya

Dalam pada itu dayang di sisi kanan permaisuri juga bersyair tentang Bahlul diam-diam di dalam hati;

Betapa dalam cintamu kepada keluarga Nabi
Hingga sanggup merendah diri
Tidak kau peduli statusmu lagi
Asal mendapat keredhoan Ilahi
Nasihat Imam Musa keturunan Nabi
Kau pegang erat tak tergugat lagi
Walau seluruh Baghdad menghinamu setiap hari
Kau sanggah dengan keimanan di hati
Demi mengharap kebahagiaan hakiki


Si dayang berkata pula, juga di dalam hati, “Apa yang kau lakukan ini? Membina taman di tebing Tigris. Sesungguhnya hanya kau yang mengetahui. Tetapi, ketahuilah oleh kau wahai Wahab bin Amr sepertimana kau, Ali bin Yaqthin yakni menteri Khalifah Harun, aku serta sebilangan kecil yang lain adalah pencinta keluarga Nabi. Kerana kepatuhan kepada kepimpinan Ilahi iaitu keturunan Nabi itulah yang membuat kita masih di sini.”

“Aku tahu benar kisahmu wahai Bahlul. Semuanya kerana Khalifah Harun ar Rasyid merasa terancam dengan keberadaan Imam Musa al Khazim, keturunan Nabi yang suci. Khalifah mengecam pembangkangan Imam terhadapnya dan menuntut keputusan pengadilan yang memihak kepadanya dari orang-orang yang dianggap bijak pada masa itu. Semua orang kerana takut akan khalifah memutuskan bahawa Imam Musa bersalah kecuali mu dan sahabat-sahabat setianya menentang keputusan tersebut. Lalu kau dan beberapa sahabat-sahabat itu mendatangi Imam untuk meminta nasihat kerana membuatkan khalifah menjadi marah kepada kalian. Imam Musa lalu menjawab dengan hanya menyebut satu huruf, iaitu huruf jim dan semua kalian memahaminya dan tidak bertanya lebih lanjut.”

“Setiap orang memahami nasihat Imam dengan cara yang berbeza. Ada sahabat yang memaknai jim sebagai ‘jala watan’ yakni mengasingkan diri. Yang lain pula mengertikannya pula sebagai ‘jabal’ iaitu gunung. Sementara kau mengertikannya sebagai ‘jinun’ yang bererti gila hingga kau berjaya melepaskan dirimu dari pemerintah yang tidak mengikut syariat itu.”

“ Semoga kau berbahagia di dunia dan di akhirat wahai Bahlul...amin” doa si dayang tadi.

Bahlul sepertimana lagak seorang gila tidak pedulikan mereka sekalipun si permaisuri. Permaisuri Zubaidah kemudian mendekati Bahlul lalu bertanya,
“Wahai Bahlul, apa yang sedang kau lakukan?”
Bahlul menjawab, “Membuat syurga.”

Zubaidah tersenyum mendengar jawapan Bahlul lantas bertanya, “Apakah tamanmu itu kau jual?”
“Ya, aku menjualnya,” jawab Bahlul.
“Berapa dinar?” tanya Zubaidah lagi.
“Seratus dinar,” jawab Bahlul.

Kerana kebaikan yang ada pada Zubaidah mendorongnya menolong Bahlul dengan cara yang dia mampu. Maka dengan segera dia memerintahkan dayangnya untuk memberikan Bahlul seratus dinar.

Melihatkan Zubaidah yang mahu melangkah pergi, Bahlul segera bertanya, “Apakah engkau tidak menginginkan resit di atas pembelianmu ini?”
“Tulislah dan bawakan kepadaku nanti,” sambil berkata Zubaidah pun terus pergi.

Bahlul juga pergi meninggalkan ‘syurga’ yang telah dijualnya tadi. Wang seratus dinar itu diagih-agihkannya semua kepada fakir miskin. Bahlul tahu Zubaidah binti Jaafar al Mansur merupakan seorang wanita kaya lagi dermawan. Bahlul juga tahu iaitu Zubaidah pernah bermimpi pelik lantas meminta pentafsir mimpi yang terkenal, Ibnu Sirrin mentafsir mimpinya. Rupanya mimpi itu merupakan petunjuk yang baik bahawa Zubaidah akan membelanjakan hartanya untuk membina sebuah terusan air di Mekah yang mana terusan air itu akan dimanfaatkan oleh ribuan jemaah haji.

Malam itu Zubaidah bermimpi melihat sebuah taman yang besar, yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Rumah-rumah dan istana-istana di dalamnya mempunyai tujuh tingkat dan dibina dari permata-permata berwarna dan dihias dengan begitu indahnya. Sungai-sungai mengalir tenang dan disampingnya bunga-bungaan sedang mekar. Pohon-pohon yang indah tumbuh subur sementara para pelayan siap untuk melayaninya.
Keindahan adalah ciptaan tuhan

Zubaidah diberi sekeping resit yang ditulis dengan tinta emas. Di dalam resit itu tercatit bahawa inilah taman yang telah dibeli dari Bahlul.

Ketika terbangun dari tidur, Zubaidah merasa begitu bahagia dan menceritakan kepada suaminya, Harun tentang mimpinya itu.

Begitu pagi menyingsing, Harun segera mengirim seseorang untuk membawa Bahlul kepadanya.
Ketika Bahlul tiba, Harun berkata, “Aku ingin kau menjual padaku satu tamanmu, seperti yang kau jual pada Zubaidah.”

Bahlul tertawa terbahak-bahak tatkala mendengar kata-kata khalifah itu. Dia kemudian berkata, “Zubaidah membeli tanpa melihat ganjarannya, tetapi kau telah mendengar dan sangat ingin membelinya. Sungguh dengan menyesal aku tidak akan menjualnya padamu.” Bahlul kemudian berlalu dari situ.

Begitulah Bahlul, sesungguhnya dia menjadi ‘gila’ kepada Allah swt.